PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
GURU
GANTI (RELIEF)
1.
Sila
pastikan tiada kelas lain yang berada di sini
semasa anda ingin membawa kelas ganti anda ke
sini.
2.
Anda
tidak dibenarkan membawa kelas ganti anda
sekiranya ada kelas yang sedang melakukan bacaan
mereka di sini.
GURU BAHASA MELAYU
1.
Sila
pastikan kelas anda melakukan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu selama 30 minit di
sini setiap minggu.
2.
Anda
mestilah sentiasa berada bersama-sama dengan
murid anda.
3.
Murid
tidak dibiarkan berkeliaran dan membuat bising
di sini.
4.
Minta
murid menyusun kembali buku yang diambil di
dalam bakul dengan kemas.
5.
Jangan
biarkan murid anda mengambil buku di rak. Buku
di rak hanya dibenarkan untuk tujuan pinjaman
oleh murid untuk bacaan di rumah.
6.
Murid
dibenarkan melakukan Program Nilam semasa waktu
perpustakaan mereka.
7.
Masa
perpustakaan ialah masa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan aktiviti yang
dijalankan di sini mestilah berkaitan dengan
Bahasa Melayu.
8.
Program
Nilam hendaklah dilakukan sendiri oleh murid
sama ada di rumah atau di sekolah semasa waktu
yang terluang.
9.
Guru
juga perlu memastikan keadaan perpustakaan
bersih. Buku dan kerusi mesti disusun dengan
kemas tanpa sebarang bunyi.
MURID
1.
Murid
tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan tanpa
diiringi oleh guru.
2.
Susun
dan letak kasut dengan kemas di rak kasut yang
disediakan.
3.
Jaga
disiplin dan tingkah laku semasa memasuki
perpustakaan.
4.
Sila
patuhi semua peraturan yang terdapat di sini.
5.
Mana-mana
kelas yang tidak mematuhi peraturan perpustakaan
, akan didenda.
(DENDA : tidak dibenarkan memasuki perpustakaan
selama 1 bulan)
6.
Semua
bahan bacaan dan peralatan di dalam bilik ini
tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran dan
keizinan daripada Cik Zanariah atau Pn Ashah.
|