SEJARAH SEKOLAH

 

 

 

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10, 53300 Kuala Lumpur terletak di penghujung kawasan perumahan Wangsa Maju Seksyen 10.  Kawasan Perumahan sekitarnya terdiri daripada kebanyakannya penghuni Rumah Pangsa serta beberapa blok penghuni Kondominium Sri Jelatek, Sri Ledang , Sri Kinabalu dan Sri Lojing .

 

Ianya telah siap terbina di atas tapak seluas 6.16 hektar pada akhir

1996 terdiri daripada 3 blok tiga tingkat dan sebuah blok kantin.

 

                   Sekolah ini telah mula beroperasi mulai 2 Januari 1997 dengan permulaan muridnya seramai 660 orang.  Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang tinggal di dalam kawasan perumahan Wangsa Maju Seksyen 10 ini yang dipindahkan dari sekolah-sekolah berhampiran.  Dengan tenaga pengajarnya seramai 45 orang yang kebanyakannya terdiri daripada guru-guru baru lepasan Maktab dan diterajui oleh seorang Guru Besar iaitu Encik Misran bin Kariati sebagai Guru Besar yang pertamanya.

 

Walaupun Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 masih baru,

namun apa yang membanggakan ialah penglibatan sekolah ini dalam pelbagai aktiviti dan program telah menampakkan kematangan daripada usianya sehingga mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang terdahulu daripadanya di sekitar kawasan Zon Keramat ini.  Keadaan ini telah menarik minat dan reaksi pelbagai pihak sama ada golongan ibu bapa mahupun pihak luar untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah ini.

 

          Kini sekolah ini telah memasuki usianya kedua belas tahun pada tahun 2008 ini dan dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai, sekolah ini terus merupakan pencabar kepada sekolah-sekolah lain di dalam Zon Keramat ini.

         

Sekolah ini terus melangkah dan bersaing bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang telah sedia ada dalam Zon Keramat ini dan mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan di bawah  kepimpinan  seorang Guru Besar yang begitu berdedikasi , iaitu Pn. Hjh. Teh Zaiton bt. Abdul Halim sejak beliau mula menerajui tampuk pentadbiran sekolah ini pada  Tahun 2002  yang lalu .

 

          Semoga SK Wangsa Maju Zon R10 terus cemerlang , gemilang dan terbilang . InsyaAllah .

 
 

(c) Copyright 2008 PSS SKWMR10. All Right Reserved.

Best view with Internet Explorer